SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK GURUN (PUSAT).

JAM

Log in

I forgot my password

PELAWAT
website hit counter
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 19 on Wed Jun 26, 2013 12:17 pm
IP ANDA

IP

December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

Fri Nov 06, 2009 11:08 pm by Admin

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah …


Comments: 0

Latest topics
» Reunion Bekas Pelajar 1984
Tue Feb 16, 2010 9:47 pm by Admin

» MESYUARAT GURU 2010
Tue Dec 22, 2009 10:00 pm by Admin

» duit perkhemahan
Mon Nov 23, 2009 11:11 am by Roshada Jaafar

» INTERNET EXPLORER 7
Sun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» GMAIL INSTALLER
Sun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» FOXIT READER
Sun Nov 15, 2009 6:30 pm by Admin

» FILE FORMAT CONVERTERS
Sun Nov 15, 2009 6:25 pm by Admin

» DOWNLOAD FOXIT READER
Sun Nov 15, 2009 2:45 pm by Admin

» DOWNLOAD PRIMO PDF
Sun Nov 15, 2009 2:43 pm by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum

Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website


Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

View previous topic View next topic Go down

Peranan Suami Isteri Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Post  Admin on Fri Nov 06, 2009 8:36 pm

Firman Allah Subhanahu Wa Taala: "Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui”. [TMQ: Yaasin (36): 36].

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya Dia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir "[TMQ: ar-Rum (30): 21].

Apa yang dinyatakan dalam firman Allah Azza wa Jalla di atas tidak akan dapat dicapai seandainya tidak wujud peraturan, hukum dan undang-undang kerana tujuan perkahwinan ialah mengatur pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa aturan yang rapi dalam pergaulan makhluk Adam dan Hawa, kepincangan tidak dapat dielakkan. Maka, kerana itu, perkahwinan disyariatkan yang mana di dalamnya ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Dalam Islam, sistem Kekeluargaan Islam adalah satu sistem yang menyusun institusi keluarga, menjelaskan semua urusan di dalamnya, menentu dan mengagihkan bidang tugas, menentukan tanggungjawab anggota keluarga, menjelaskan perkara yang mesti dipatuhi dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab. Allah yang mencipta manusia telah mencipta bersamanya fitrah ingin berpasangan seperti makhluk-makhluk lain ciptaan Allah, sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Taala: "Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang–pasangan agar kamu mengingati kebesaran Allah ” [TMQ Az Dzariyaat (51): 49 ]

Sejak zaman Nabi Adam Alaihi Saliam sehingga zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, syariat yang ditetapkan untuk mengatur hubungan laki-laki dan wanita adalah pernikahan. Oleh itu, mendapat pasangan yang baik merupakan sebuah kebahagian dalam rumah tangga. Apalagi jika pasangan itu merupakan pasangan yang sentiasa taat pada perintah Allah dan RasulNya dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagaimana Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam: "Ada empat hal yang apabila dianugerahkan kepada seseorang, berarti ia benar-benar terbaik di dunia dan akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lisan yang sentiasa berdzikir, jiwa yang sentiasa bersabar menghadapi musibah, isteri yang tak pernah mengkhianati suaminya seraya menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya saat ditinggalkan (pergi).” [HR. At Tirmidzi].

Dalam hadis lain, Baginda SAW bersabda; ”Tanda kebahagiaan seorang anak Adam ialah beristerikan wanita solehah”[HR Ad-Dailami].

Bagi wanita pula, mendapat suami yang baik merupakan bahagian dari keberkahan hidup. Memilih suami yang beragama dan berakhlak mulia adalah penolak bencana dari Allah Subhanahu Wa Taala di muka bumi baginya dan keluarganya sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: "Jika datang kepadamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya, maka bernikahlah dengannya, jika tidak maka akan muncul fitnah di bumi dan kerosakan.”

Namun begitu, ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtangga bukanlah merupakan sebuah hadiah yang diberikan kepada suami isteri. Ia memerlukan perjuangan dan proses yang memakan waktu. Lama ataupun cepat pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya. Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan Insya’ Allah boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga.

Peranan dan Tanggungjawab Suami Dalam Rumah Tangga
Syariat Islam telah menjelaskan tentang tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan agar seorang suami melayani isterinya dengan penuh keakraban dan kasih sayang. Kewajiban suami terhadap isteri bukanlah sekadar memenuhi hak isteri berupa mahar dan nafkah. Namun lebih dari itu, seorang suami tidak boleh membuat isterinya cemburu dengan menampakkan kecenderungan kepada wanita lain selain kepada isterinya itu.

Rasulullah telah berpesan kepada kaum lelaki dalam urusan kaum wanita sebagaimana sabda Rasulullah dalam khutbahnya ketika Haji Wada’ sebagai berikut: ”Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dalam urusan kaum wanita kerana kalian telah mengambilnya sebagai amanat daripada Allah, dan kalianpun telah menjadikan kehormatan mereka halal dengan kalimat Allah. Kalian mempunyai hak atas isteri-isteri kalian agar mereka tidak memasukkan ke tempat tidur kalian salah seorang yang kalian benci. Jika mereka melakukan tindakan demikian, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak sampai membahayakan. Sebaliknya, mereka pun berhak untuk mendapatkan rezeki dan pakaian mereka dengan cara yang makruf.” [HR Muslim].

Dalam riwayat lain, baginda bersabda: ”Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap keluarganya. Sesungguhnya aku sendiri adalah orang yang paling baik di antara kalian dalam melayani keluargaku”

Ibn. Majah menuturkan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isteri-isterinya”

Meskipun seorang suami mempunyai hak kepimpinan terhadap isterinya sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Taala. ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan atas sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) menafkahkan sebahagian harta mereka.” [TMQ an-Nisa’(4):34 ].

Di sini menjelaskan bahawa posisi suami sebagai penanggungjawab dan kepimpinannya atas isteri di dalam rumah bukan bererti menjadikan dirinya sebagai orang yang boleh bertindak sesuka hati di dalam rumah atau seperti seorang penguasa yang tidak dapat dilanggar perintahnya. Akan tetapi, kepimpinan suami di dalam rumah hanya berlaku dalam pengurusan dan pengelolaan urusan-urusan rumah tangga sahaja, bukan dalam hal kekuasaan dan hak memerintah di dalam rumah tangga. Oleh itu seorang isteri berhak menjawab ucapan suaminya, berbincang dengannya, dan membahas apa saja yang dikatakannya. Sebab pada dasarnya, keduanya adalah dua orang sahabat, bukan pihak yang memerintah dan yang diperintah.

Sekalipun kehidupan suami isteri dijalinkan dalam keadaan persahabatan, kemungkinan pada mereka terjadi perbezaan pendapat dalam pengaturan rumah tangga. Untuk mengatasi persoalan tersebut, tentu diperlukan pemimpin yang menjadi pemegang keputusan dan kata akhir. Kerana ayat di atas yang menetapkan suami menjadi pemimpinnya, maka keputusan suami harus ditaati oleh isterinya.

Kewajiban suami dalam memberi nafkah dari sebahagian harta yang mereka miliki kepada isterinya, sebahagian fuqaha membolehkan wanita melakukan fasakh nikah tatkala suaminya tidak memberikan nafkah kepadanya. Kerana itu, jika suami tidak memberikan nafkah, kedudukannya sebagai pemimpin dalam rumah tangga boleh digugat sehingga isteri berhak mengajukan fasakh. Demikianlah pendapat ulama dari mazhab Maliki dan Syafie.

Peranan dan Tanggung jawab Isteri Dalam Rumah Tangga
Setelah menjelaskan kedudukan suami beserta tanggung jawabnya, Allah Subhanahu wa Taala menerangkan pula kedudukan wanita beserta tanggungjawab dan kewajibannya. Wanita solehah adalah wanita yang taat kepada Allah dan taat kepada suaminya ketika suaminya ada di sampingnya mahupun tiada di sisinya. Ia sentiasa menjaga kehormatannya serta rumah, harta benda dan kehormatan suaminya serta selalu membahagiakan suaminya, sebagaimana sabda Rasulullah: "(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya.” [HR an-Nasa’i].

Selain itu, dalam urusan rumah tangga, seorang isteri wajib melayani suaminya seperti memasak, membersihkan rumah, menyediakan minuman jika di minta, menyiapkan makanan serta melayani suaminya iaitu dalam segala urusan yang berkaitan dengan kehidupan rumah tangganya secara mutlak.

Ringkasnya, segala sesuatu yang mesti dilakukan dalam rumah tangga menjadi kewajiban wanita untuk mengerjakannya, apapun jenis pekerjaannya. Sebaliknya, segala sesuatu yang perlu dilakukan di luar rumah menjadi kewajipan suami untuk mengerjakannya. Demikianlah sebagaimana hadis dari Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Berkaitan dengan kisah Ali dan Fatimah sebagai berikut: ”Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah mewajibkan puterinya, Fatimah, untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di dalam rumah, sedangkan Ali ditugaskan untuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan di luar rumah”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam juga telah memerintahkan isteri-isterinya untuk bekerja melayani baginda. Contohnya, baginda sering berkata: "Aisyah, tolong ambilkan makananku," Aisyah tolong ambilkan aku pisau, lalu asahlah dengan batu” dan sebagainya.

Dalam riwayat lain pula: Fatimah pernah datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Dia mengadu bahawa dirinya tidak dapat berehat sekaligus meminta kepada beliau seorang pembantu yang dapat meringankan pekerjaannya.

Semua ini menunjukkan bahawa usaha melayani suami dan mengurus rumah tangga merupakan salah satu kewajiban diantara berbagai kewajiban seorang isteri yang harus dilaksanakan. Namun demikian, kewajipan itu ditunaikan sesuai dengan kemampuannya. Jika pekerjaannya amat banyak, maka suami wajib menyediakan pembantu rumah, jika tidak terlalu banyak pekerjaan yang perlu dilakukan, maka suami tidak wajib menyediakan pembantu rumah.

Disamping tugasnya sebagai suri rumahtangga, seorang isteri juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi Isteri, mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan. Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak, bahkan sanggup berkorban dan bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumahtangga.

Keibuan juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas generasi Islam dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya, sebagaimana maksud dalam sebuah hadis: "Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” [HR Bukhari dan Muslim].

Seandainya ibu-ibu Muslimah tidak memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membentuk dan memberikan pendidikan terhadap anak-anak mereka, maka kesannya akan dapat dilihat sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amat malanglah ibu-ibu yang sudahlah di dunia mereka bersusah payah memelihara anak-anak mereka itu, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mereka memberikan pendidikan yang sempurna.

Para ibu perlulah mengetahui bahawa anak-anak sebenarnya mengharapkan asuhan dan didikan yang sempurna daripada seorang ibu. Ibu lebih rapat hubungannya dengan anak-anak daripada seorang bapa. Bagaimanakah asuhan dan didikan yang sempurna dapat diberikan sekiranya ibu-ibu sentiasa sibuk berperanan di luar urusan rumahtangga mereka?

Adalah menjadi tugas seorang ibu Muslimah apabila anaknya sudah pandai bertutur, mengajarkannya ucapan syahadat dan ucapan-ucapan lain yang baik-baik yang banyak dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam di dalam hadisnya.

Demikian pula apabila anak-anak sudah berumur tujuh tahun, ibu-ibu hendaklah menggesa anak-anak mereka menunaikan sembahyang. Jika dia cuai menunaikan sembahyang apabila berumur 10 tahun, maka dia boleh dipukul. Bagaimanapun mendidik anak-anak mengerjakan ibadah hendaklah disertai dengan keterangan yang jelas supaya mereka mengetahui serta memahami tujuan sebenar ibadah yang mereka laksanakan.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman: "Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” [TMQ Thaha (20):132]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam: "Jika seorang anak telah mengetahui (membezakan) tangan kanannya dari tangan kirinya maka latihlah dia menunaikan solat" [HR Thabrani].

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam : "Ajarilah anak-anak solat (sejak) usia 7 tahun dan pukullah dia (untuk mendidiknya) pada usia 10 tahun.” [HR Abu Daud, at Tirmidzi, al-Baihaqi dan al-Hakim].

Sungguhpun begitu, seorang ibu Muslimah perlulah memahami bahawa qarinah atau indikasi yang ditunjukkan melalui perintah melaksanakan solat bukanlah hanya hukum tentang solat semata-mata, sebaliknya seawal usia 7 tahun yang mana anak-anak telah mumayyiz, mereka hendaklah juga diperkenalkan kepada lain-lain hukum seperti menutup aurat di hadapan bukan mahram kepada anak-anak perempuan, hukum tentang pergaulan lelaki-wanita, menuntut ilmu dsb.

Khatimah
Dalam sesebuah institusi keluarga, suami isteri perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang demikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami dan memahami peranan masing-masing dalam sebuah rumahtangga. Allah Subhanahu Wa Taala telah menetapkan suami sebagai pemimpin manakala isteri sebagai pengurus rumahtangga. Apapun tugas yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu, ianya merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Demikian pula laki-laki dan wanita, mereka sememangnya sama-sama manusia. Namun masing-masing memiliki sifat yang berbeza. Kerana sifat yang berbeza itulah masing-masing diberi hukum, tugas dan tanggungjawab. Wajar jika laki-laki mendapat tugas sebagai pemimpin bagi wanita kerana Allah Subhanahu Wa Taala telah memberikan kelebihan kepadanya dalam perkara tersebut. Wajar pula jika wanita mendapat tugas dan tanggungjawab sebagai al-umm wa rabbat al-bayt (ibu dan pengatur rumah) kerana wanita memang diberi kelebihan dan keistimewaan dalam perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika aturan tentang pergaulan suami isteri ini dilaksanakan, keluarga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah akan tercipta. Siapa yang tidak menginginkannya?

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”.

Walau bagaimanapun, satu perkara penting yang perlu diketahui oleh suami dan juga isteri ialah memahami bahawasanya kehidupan di dunia ini bukanlah semata-mata meraih kebahagiaan dalam rumahtangga sahaja kerana makna kebahagiaan sejati bagi seorang Muslim adalah meraih keredhaan Allah dalam setiap perbuatan dan aspek kehidupan yang dilaluinya, di dalam dan di luar rumahtangga. Ini bermakna kedua-dua suami-isteri mestilah memahami bahawa selain berusaha memainkan peranan untuk meraih kebahagiaan dalam rumahtangga, Allah juga memerintahkan umat Islam sama ada lelaki atau wanita untuk melaksanakan perintahNya dalam aspek lain seperti menuntut dan mendalami ilmu agama, melaksanakan amar makruf nahi mungkar, menjalankan aktiviti dakwah dsb selain ibadah khusus dan hukum-hakam tentang makanan dan pakaian. Ringkasnya, disamping memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan berumahtangga, tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim juga hendaklah dilakukan supaya pada akhirnya, meraih keredhaan Allah menjadi matlamat utama, bukan hanya untuk memuaskan hati pasangan masing-masing sahaja. Wallahu’ alam bishawab.

Admin
Admin

Posts : 73
Join date : 30/10/2009

View user profile http://skgp.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum