SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK GURUN (PUSAT).

JAM

Log in

I forgot my password

PELAWAT
website hit counter
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 19 on Wed Jun 26, 2013 12:17 pm
IP ANDA

IP

December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

Fri Nov 06, 2009 11:08 pm by Admin

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah …


Comments: 0

Latest topics
» Reunion Bekas Pelajar 1984
Tue Feb 16, 2010 9:47 pm by Admin

» MESYUARAT GURU 2010
Tue Dec 22, 2009 10:00 pm by Admin

» duit perkhemahan
Mon Nov 23, 2009 11:11 am by Roshada Jaafar

» INTERNET EXPLORER 7
Sun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» GMAIL INSTALLER
Sun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» FOXIT READER
Sun Nov 15, 2009 6:30 pm by Admin

» FILE FORMAT CONVERTERS
Sun Nov 15, 2009 6:25 pm by Admin

» DOWNLOAD FOXIT READER
Sun Nov 15, 2009 2:45 pm by Admin

» DOWNLOAD PRIMO PDF
Sun Nov 15, 2009 2:43 pm by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum

Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website


PENGENALAN PROGRAM J-QAF

View previous topic View next topic Go down

PENGENALAN PROGRAM J-QAF

Post  Admin on Sat Oct 31, 2009 1:01 am

PROGRAM j-QAF


PENGENALAN

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

MODEL ENAM BULAN

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidkan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu Pendidikan Islam sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA', sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA'. Pada 6 bulan kedua pengajaran al-Quran menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6.

MODEL TASMIK

Model Tasmik Khatam al-Quran pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada GURU-GURU j-QAF. Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan.

MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Model-model Pengajaran dan kokurikulum dalam bahagian Model Peluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Admin
Admin

Posts : 73
Join date : 30/10/2009

View user profile http://skgp.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum