SK GURUN (P)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK GURUN (PUSAT).

JAM

Log in

I forgot my password

PELAWAT
website hit counter
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 26 on Sat Nov 18, 2023 3:46 pm
IP ANDA

IP

March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Calendar Calendar

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

Fri Nov 06, 2009 11:08 pm by Admin

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah …


Comments: 0

Latest topics
» Reunion Bekas Pelajar 1984
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptyTue Feb 16, 2010 9:47 pm by Admin

» MESYUARAT GURU 2010
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptyTue Dec 22, 2009 10:00 pm by Admin

» duit perkhemahan
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptyMon Nov 23, 2009 11:11 am by Roshada Jaafar

» INTERNET EXPLORER 7
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» GMAIL INSTALLER
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» FOXIT READER
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 6:30 pm by Admin

» FILE FORMAT CONVERTERS
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 6:25 pm by Admin

» DOWNLOAD FOXIT READER
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 2:45 pm by Admin

» DOWNLOAD PRIMO PDF
Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq EmptySun Nov 15, 2009 2:43 pm by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum

Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website


Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq

Go down

Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq Empty Penyambung warisan :Saidatina Aisyah As Siddiqah Binti As Siddiq

Post  Admin Fri Nov 06, 2009 8:46 pm

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

“Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

“Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumber deennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Wallahu a’lam.
Admin
Admin
Admin

Posts : 73
Join date : 30/10/2009

https://skgp.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum