SK GURUN (P)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK GURUN (PUSAT).

JAM

Log in

I forgot my password

PELAWAT
website hit counter
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 26 on Sat Nov 18, 2023 3:46 pm
IP ANDA

IP

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

Fri Nov 06, 2009 11:08 pm by Admin

TEKNIK BELAJAR & MEMBACA SQ3R

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah …


Comments: 0

Latest topics
» Reunion Bekas Pelajar 1984
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptyTue Feb 16, 2010 9:47 pm by Admin

» MESYUARAT GURU 2010
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptyTue Dec 22, 2009 10:00 pm by Admin

» duit perkhemahan
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptyMon Nov 23, 2009 11:11 am by Roshada Jaafar

» INTERNET EXPLORER 7
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» GMAIL INSTALLER
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 7:04 pm by Admin

» FOXIT READER
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 6:30 pm by Admin

» FILE FORMAT CONVERTERS
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 6:25 pm by Admin

» DOWNLOAD FOXIT READER
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 2:45 pm by Admin

» DOWNLOAD PRIMO PDF
IDAH DAN PERSOALANNYA EmptySun Nov 15, 2009 2:43 pm by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum

Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of SK GURUN (P) on your social bookmarking website


IDAH DAN PERSOALANNYA

Go down

IDAH DAN PERSOALANNYA Empty IDAH DAN PERSOALANNYA

Post  Admin Sat Oct 31, 2009 5:12 pm

Masyarakat Arab pada masa jahiliah mempunyai bermacam- macam adat, tradisi dan upacara-upacara aneh yang semuanya mereka warisi dari nenek moyang mereka secara turun-temurun. Sebagai contoh wanita yang kematian suami akan diperlakukan mengikut cara dan adat yang telah mereka amalkan. Adapun antara adat mereka itu adalah seperti berikut:

(i) Wanita yang kematian suami adalah menjadi hak keluarga suaminya iaitu keluarga pihak suami lebih berhak atas wanita tersebut daripada keluarga wanita itu sendiri.

(ii) Jika suami yang meninggal dunia, maka isterinya akan diwarisi oleh ahli waris yang mewarisi harta suaminya.

(iii) Isteri tidak diberikan hak untuk berkahwin dengan pilihan sendiri atau pilihan orang lain dan dia hendaklah mengikut kemahuan ahli waris suaminya.

(iv) Isteri yang kematian suami tidak berhak menerima bahagian dari harta peninggalan suaminya, walaupun harta yang ditinggalkan suami itu dalam jumlah yang banyak dan harta peninggalan suami itu juga tidak akan diberikan kepada isteri untuk keperluannya semasa dia menjalani kehidupan sendiri.

Hal-hal yang sedemikian tidak menghairankan kerana perempuan pada masa jahiliah dipandang rendah darjatnya berbanding dengan lelaki.

Setelah kedatangan Islam, kehidupan wanita telah berubah khususnya bagi wanita yang kematian suami atau yang bercerai, martabat mereka telah diangkat dan diberikan hak-hak tertentu, umpamanya mereka tidak lagi dianiaya dan tidak lagi diperlakukan secara zalim sepertimana firman Allah Subhanahu wa Ta ‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka disebabkan tingkah lakunya, janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikkan yang banyak (untuk kamu)”

(Surah an-Nisaa’: 19)

Adapun antara keistimewaan dan hak yang telah diberikan kepada kaum wanita ialah tuntutan untuk ber‘iddah.

‘Iddah merupakan ketentuan atau ketetapan syara‘ yang diwajibkan ke atas wanita yang telah bercerai sama ada suami- isteri itu bercerai hidup atau mati, maka wajiblah dijalankan hukum ‘iddah tanpa dilengah-lengahkan oleh isteri yang diceraikan itu mengikut sebab-sebabnya yang tertentu.

Takrif ‘Iddah

‘Iddah berasal dari perkataan Arab. Adapun ‘iddah dari segi bahasa bermaksud bilangan iaitu menghitung quru’ dan bulan. Manakala ‘iddah dari segi syara‘ pula bermaksud satu jangka masa yang ditetapkan bagi seorang wanita yang telah diceraikan suami untuk menunggu bagi memastikan rahimnya bersih daripada kehamilan atau sebagai menunaikan tuntutan ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atau untuk menzahirkan rasa kesedihan bagi isteri yang bercerai kerana kematian suami.

Pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam, seorang wanita yang bernama Asma’ binti Zaid telah diceraikan oleh suaminya. Pada waktu itu, ‘iddah belum lagi disyariatkan bagi wanita yang dicerai. Maka dari peristiwa tersebut turunlah ayat al-Quran menerangkan tentang cara tuntutan ‘iddah bagi wanita yang dicerai sama ada cerai hidup ataupun cerai mati.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :

Tafsirnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) .”

(Surah al-Baqarah : 228)

Menurut Imam asy-Syafi`e, quru’ bermaksud suci daripada haid. Berdasarkan ayat di atas bahawa talak hanya akan terjadi semasa suci, kerana itu haram menjatuhkan talak pada masa isteri dalam keadaan haid.

Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam juga menunjukkan tentang adanya ‘iddah bagi isteri yang dicerai sebagaimana kisah Fatimah Binti Qais tatkala dia ditalak oleh suaminya. Menurut riwayat Imam Muslim, dia berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menanyakan tentang hal tersebut dan Baginda pun bersabda :

Maksudnya: “Hendaklah ber‘iddah (jalanilah ‘iddah) kamu di rumah Umm Makthum.” ( Hadis riwayat Muslim )

Berdasarkan dari dalil-dalil yang tersebut di atas bahawa menjalani ‘iddah itu wajib ke atas setiap wanita yang bercerai sama ada penceraian hidup atau kerana kematian suami.

Bahagian ‘Iddah

‘Iddah nikah itu terbahagi kepada dua bahagian :

(i)‘Iddah kerana talak atau fasakh :

Iaitu ‘iddah kerana dicerai suami ketika masih hidup disebabkan oleh talak atau fasakh. Penceraian tersebut terjadi setelah berlaku jimak (persetubuhan) di antara suami dan isteri.

(ii) ‘Iddah kerana kematian suami :

Iaitu ‘iddah disebabkan oleh kematian suami sama ada berlaku jimak atau sebaliknya.

Maka dalam keadaan-keadaan di atas, seorang wanita yang dicerai atau di fasakh adalah wajib menjalani ‘iddah. Begitu juga dengan wanita yang kematian suami sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasalam.

Tempoh ‘Iddah Kerana Talak Atau Fasakh

‘Iddah diwajibkan ke atas wanita yang bercerai ketika masih hidup setelah berlaku jimak dengan suaminya dengan sebab talak atau fasakh.

Wanita yang telah dijimak itu pula terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu :

(a) Wanita yang masih haid tetapi tidak hamil, tempoh ‘iddahnya ialah tiga kali quru` iaitu tiga kali suci daripada haid.

Ini berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka dari berkahwin selama tiga kali suci dari haid.”

(Surah al-Baqarah : 228)

(b) Wanita yang telah berhenti darah haid kerana lanjut usia (menopaus) atau belum pernah didatangi haid (belum baligh), tempoh ‘iddahnya ialah selama tiga bulan.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak terhadap tempoh ‘iddah mereka maka ‘iddahnya ialah tiga bulan dan demikian juga ‘iddah perempuan-perempuan yang tidak haid.”

(Surah at-Thalaq : 4)

Jika wanita ini didatangi haid ketika masih menjalani tempoh ‘iddah (masih dalam tempoh tiga bulan), maka wajiblah dia menukar ‘iddah tiga bulan kepada ‘iddah tiga quru’ iaitu tiga kali suci daripada haid. Manakala tempoh suci yang telah dijalaninya sebelum itu tidaklah dikira dan hendaklah wanita tersebut memulakan penghitungan dengan tempoh ‘iddah yang baru iaitu selama tiga quru’ ( tiga kali suci dari haid ) .

Adapun bagi wanita yang didatangi haid setelah selesai menjalani ‘iddah selama tiga bulan, maka tidak perlu dia mengulangi lagi ‘iddah tiga quru’ dan memadailah ‘iddah yang telah dilaluinya sebelum ia didatangi haid iaitu selama tiga bulan.

(c) Wanita yang mempunyai haid tetapi terhenti haidnya, sama ada diketahui sebabnya seperti terhenti disebabkan menyusukan anak atau penyakit, ataupun tidak diketahui sebab-sebab terhenti darah tersebut, maka bagi menentukan kadar ‘iddahnya hendaklah wanita tersebut bersabar menunggu sehingga haidnya datang kembali, sekalipun memakan masa yang panjang. Jika haidnya telah datang, maka tempoh ‘iddah wanita itu ialah tiga quru’ (tiga kali suci dari haid ).

Jika perempuan tersebut mencapai kepada umur wanita yang putus haid (menopaus) di antara 45-50 atau 62 tahun, maka ‘iddah wanita itu ialah tiga bulan, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menjadikan ‘iddah tiga bulan itu kecuali untuk wanita yang tidak haid dan wanita yang putus haid.

Walaubagaimanapun jika haidnya datang semasa dia menjalani ‘iddah tiga bulan itu, maka wajiblah menukar tiga bulan kepada ‘iddah tiga quru’ iaitu tiga kali suci daripada haid dengan serta merta.

Jika haidnya datang setelah dia selesai menjalani ‘iddah tiga bulan dan dia bernikah selepas itu maka sah hukum nikahnya. Tetapi jika dia tidak bernikah selepas ‘iddahnya itu, maka wajib keatasnya ber‘iddah lagi dengan ‘iddah tiga quru’ kerana telah terbukti dia belum lagi putus haid.

(d) Wanita hamil, sama ada yang dicerai hidup dengan talak raj‘i (talak satu atau talak dua) atau talak ba’ìn atau kerana kematian suami, maka tempoh ‘iddahnya adalah sehingga dia melahirkan kandungannya dan disyaratkan anak dalam kandungan itu adalah keturunan daripada suami yang menceraikannya atau yang mati ditinggalkan suami.

Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung tempoh ‘iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”

(Surah at-Thalaq : 4)

Ayat tadi menjelaskan bahawa tujuan ‘iddah bagi wanita yang hamil ialah untuk membersihkan rahim daripada janin. Maka apabila berlaku kelahiran, selesailah sudah tempoh ‘iddahnya.

(e) ‘Iddah wanita istihadhah

Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar mengalir daripada bawah rahim perempuan kerana ada sebab sama ada keluarnya kesan daripada haid atau sebaliknya.

Jika perempuan yang ditalak itu dalam keadaan istihadhah dan dia dapat membezakan di antara darah haid dan darah istihadhah dari segi bau, warna, banyak atau sedikit, maka yang demikian itu hendaklah dia menunggu habis ‘iddahnya berdasarkan pengalaman haidnya.

Dalam hal ini, wanita yang tidak ada keraguan di dalam membezakan di antara haid dan istihadhah, maka ‘iddahnya ialah tiga kali quru’( tiga kali suci dari haid ).

Ini berpandukan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tafsirnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka dari berkahwin selama tiga kali suci dari haid.”

(Surah al-Baqarah : 228)

Manakala bagi wanita yang dalam keadaan istihadhah dan dia tidak dapat membezakan di antara darah haid dan istihadhah dan tidak tahu kadar kebiasaan haidnya, maka menurut pendapat yang ashah dalam mazhab asy-Syafi`e, ‘iddah bagi wanita sedemikian ialah selama tiga bulan.

Perkara ini berdasarkan ayat al-Quran yang menyatakan ‘iddah bagi orang-orang yang syak hendaklah ber‘iddah dengan tiga bulan sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta ‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Jika kamu menaruh syak terhadap tempoh ‘iddah mereka, maka ‘iddahnya ialah tiga bulan.”

(Surah at-Thalaq : 4)

Tempoh ‘Iddah Kerana Kematian Suami

Bagi isteri yang kematian suami, dengan syarat isteri tersebut tidak hamil, sama ada berlaku jimak atau sebaliknya dan sama ada dia masih dalam kategori perempuan yang masih haid atau tidak, tempoh ‘iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari.

Ini berpandukan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tafsirnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber‘iddah) selama empat bulan sepuluh hari.

(Surah al-Baqarah:234)

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam bersabda :

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari kiamat melakukan ihdad (berkabung) lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya yang meninggal, maka sesungguhnya dia akan berihdad (berkabung) selama empat bulan sepuluh hari.”

(Hadis riwayat Muslim)

Adapun tempoh ‘iddah wanita hamil kerana kematian suami ialah sehingga melahirkan anak. Dengan syarat anak yang dikandung itu keturunan daripada suami yang meninggalkannya.

Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tafsirnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung tempoh ‘iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”

(Surah at-Thalaq :4)

‘Iddah Bagi Wanita Yang Belum Di jimak

Adapun isteri yang belum dijimak (disetubuhi) oleh suaminya sejak mula berkahwin dan berlaku perceraian di antara keduanya dengan sebab talak atau fasakh, maka tidak ada ‘iddah ke atasnya, iaitu tidak wajib atasnya ber‘iddah dan tidak ada halangan dan larangan baginya untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah ketika dalam ber‘iddah seperti berkahwin dengan orang lain, keluar rumah dan sebagainya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tafsirnya: “Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu meyentuhnya maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang ‘iddah yang kamu boleh hitungkan masanya.”

(Surah al-Ahzab : 49)

Akan tetapi jika perceraian itu disebabkan suami meninggal dunia, maka ‘iddahnya empat bulan sepuluh hari. Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber‘iddah) selama empat bulan sepuluh hari.”

(Surah al-Baqarah:234)

Perpindahan ‘Iddah

Perpindahan ‘iddah boleh berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu.

Jika isteri sedang menjalani ‘iddah talak raj‘i kemudian suaminya meninggal dunia, maka gugur ‘iddah talak raj‘i itu dan berpindah ‘iddah tersebut kepada ‘iddah kematian suami iaitu empat bulan sepuluh hari. Tempohnya bermula dari waktu suaminya meninggal dunia, kerana isteri yang dalam ‘iddah talak raj‘i masih ada ikatan suami-isteri dan masih berhak menerima peninggalan harta waris suaminya.

Berlainan keadaannya, jika isteri sedang dalam ‘iddah talak ba’in kemudian suaminya meninggal dunia, maka isteri tetap menjalani ‘iddah talak ba‘in tersebut dan isteri tidak perlu berpindah kepada ‘iddah kematian suami, kerana isteri tidak lagi ada ikatan terhadap suami dan tidak berhak dalam peninggalan harta waris suami.

Talak Dalam Waktu ‘Iddah

Para ulama fiqh bersepakat bahawa talak boleh berlaku ke atas wanita yang menjalani ‘iddah talak raj‘i (talak satu atau talak dua). Begitu juga suami masih boleh merujuk isterinya ketika dia menjalani ‘iddah tersebut, kerana mereka masih lagi mempunyai ikatan perkahwinan.

Berlainan halnya bagi wanita yang dalam ‘iddah talak ba`in, menurut jumhur ulama talak tidak boleh berlaku ke atasnya, kerana isteri tidak lagi mempunyai hak di dalam perkahwinan tersebut.

Perkiraan Waktu ‘Iddah

‘Iddah kematian suami bermula dari hari kematiannya selama empat bulan sepuluh hari, sama ada isteri telah dijimak atau sebaliknya.

Sementara ‘iddah tiga kali quru’ dan ‘iddah tiga bulan pula bermula dari hari gugurnya talak ke atas wanita tersebut sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan. Jika sekiranya wanita itu ditalak pada waktu suci, maka tempoh ‘iddahnya akan berakhir pada haidnya yang ketiga. Jika sekiranya wanita itu ditalak ketika dia sedang haid, maka berakhir tempoh ‘iddahnya pada haid yang keempat.

Manakala ‘iddah bagi wanita yang hamil pula ialah sehingga dia selesai melahirkan keseluruhan kandungannya. Ini kerana ‘iddah itu disyariatkan ialah untuk membersihkan rahim dari janin.

Maka yang dimaksudkan dengan melahirkan ialah melahirkan sesuatu daripada kejadian manusia, walaupun dalam keadaan mati atau hanya segumpal darah yang berbentuk, sekalipun bentuknya samar-samar.

Jika sekiranya segumpal darah itu tidak berbentuk dan jika dilihat dipercayai wujud permulaan dari kejadian manusia, maka tempoh ‘iddah hamil berakhir ketika dia melahirkan keseluruhannya, dengan syarat anak yang dikandungnya itu disandarkan kepada suami yang mentalaknya.

Para ulama fiqh mengatakan bahawa ‘iddah hamil itu berakhir setelah selesai mengeluarkan (melahirkan) seluruh tubuh badan anak dari rahimnya. Jika anak yang dikandungnya itu lebih daripada seorang (kembar), maka hendaklah ditunggu sehingga semuanya keluar daripada rahim, kerana tempoh ‘iddah masih lagi berbaki selagi rahim perempuan tadi masih mempunyai janin yang lain.

Hak Dan Kewajipan Wanita Dalam ‘Iddah

Bagi memelihara hak suami, hak isteri atau kedua-dua belah pihak selepas berlakunya perceraian, Islam telah menetapkan beberapa perkara yang perlu dijaga dan dipelihara, lebih-lebih lagi semasa seorang wanita masih di dalam tempoh ‘iddahnya. Antara hak dan kewajipan tersebut adalah seperti berikut :

[1] Wanita yang menjalani tempoh ‘iddah tidak boleh dipinang oleh lelaki lain sama ada secara terang-terangan mahu pun secara sindiran. Melainkan bagi wanita yang menjalani tempoh ‘iddah kerana kematian suami, pinangan boleh dilakukan, tetapi dengan cara sindiran sahaja dan hanya boleh menikahi perempuan tersebut apabila selesai tempoh ‘iddahnya.

Ini berpandukan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan secara sindiran untuk meminang perempuan-perempuan yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah atau tentang kamu menyimpan dalam hati keinginan berkahwin dengan mereka, Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-yebut mereka, yang demikian itu tidaklah salah, akan tetapi janganlah membuat janji dengan mereka dalam sulit selain dari menyebutkan kata-kata secara sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu bersungguh-sungguh hendak melakukan akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.”

(Surah al-Baqarah : 235)

Ayat tadi menjelaskan, perempuan yang kematian suami boleh dipinang tetapi hanya secara sindiran dan tidak boleh dinikahi sehinggalah habis ‘iddahnya. Manakala perempuan yang menjalani ‘iddah talak tidak boleh dipinang sama ada secara terus terang atau sindiran, dan tidak boleh dikahwini sehinggalah selesai ‘iddahnya.

[2] Wanita yang dicerai suaminya sama ada cerai hidup mahupun mati adalah dilarang keluar rumah.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat kediamannya sehingga selesai ‘iddahnya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.”

(Surah at-Thalaq : 1)

Ayat tadi menerangkan kewajipan tinggal di rumah suami bagi wanita yang sedang menunggu habis masa ‘iddahnya. Dia tidak dibenarkan keluar rumah dan suaminya tidak boleh menghalau dari rumah tersebut melainkan disebabkan adanya keperluan darurat, sama ada takut terhadap dirinya dan hartanya. Walau bagaimanapun, jika bekas isteri itu melakukan perbuatan yang keji pada pandangan syara‘, suami boleh menghalau wanita itu dari rumahnya.

Bagi wanita yang ber‘iddah talak raj‘i tidak dibolehkan keluar rumah kecuali dengan izin suami. Jika wanita itu ber‘iddah talak ba`in atau kerana kematian suami, maka wanita itu dibolehkan keluar dari rumahnya pada siang hari untuk memenuhi keperluannya dan untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya, kerana nafkahnya tidak lagi ditanggung oleh suami .

[3] Bagi wanita yang menjalani ‘iddah talak raj‘i atau dalam keadaan hamil, suami wajiblah menyediakan seluruh nafkah yang diperlukan oleh wanita itu seperti tempat tinggal, pakaian dan sebagainya.

Sementara wanita yang menjalani ‘iddah talak ba`in atau kerana kematian suami, wajib ke atas mereka tinggal di rumah di mana mereka diceraikan sehingga habis tempoh ‘iddah.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

Tafsirnya: “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu.”

(Surah at-Thalaq : 6)

Bagi isteri yang menjalani ‘iddah talak ba`in yang tidak hamil dan isteri yang kematian suami, tidak diwajibkan ke atas bekas suami untuk menanggung perbelanjaan bekas isteri termasuk nafkah dan pakaian, kerana ikatan suami-isteri di antara mereka telah terputus disebabkan dengan perceraian tersebut.

Melainkan jika sekiranya wanita yang menjalani ‘iddah talak ba`in itu hamil, maka wajib bagi bekas suami menanggung nafkah bekas isteri tersebut sehinggalah ia melahirkan.

[4] Wanita yang menjalani ‘iddah kerana kematian suami wajib berihdad (berkabung) iaitu tidak berhias dengan berlebih-lebihan selama empat bulan sepuluh hari.

Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat melakukan ihdad (berkabung) lebih dari tiga hari kecuali ke atas suaminya .

(Hadis riwayat Muslim )

[5] Wanita dalam masa ‘iddah talak raj‘i berhak mendapatkan harta warisan suaminya yang meninggal dunia, manakala wanita yang menjalani ‘iddah talak ba’ìn pula tidak berhak mendapatkan harta warisan dari suaminya yang meninggal dunia.

Penutup

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mensyariatkan ‘iddah kerana dalam ‘iddah terkandung beberapa hikmah .

Adapun hikmah disyariatkan ‘iddah itu antara lain ialah untuk memberikan kesempatan kepada suami-isteri untuk kembali kepada kehidupan berumahtangga, apabila keduanya masih melihat adanya kebaikan di dalam hal itu. Di samping itu, untuk mengetahui adanya kehamilan atau sebaliknya pada isteri yang diceraikan bagi memastikan keturunan benih tidak bercampur dengan keturunan yang lain. Dengan tujuan bagi memelihara nasab atau keturunan daripada si ayah.

Di samping itu, isteri yang diceraikan kerana kematian suami dapat menghormati hak suami bagi menzahirkan rasa kesedihan yang dialami di atas kematian suaminya itu. Dengan kehilangan suami, isteri akan kehilangan nikmat pernikahan. Ini kerana nikah merupakan satu nikmat yang besar pada isteri kerana suamilah yang menjaga kesejahteraannya, nafkahnya, pakaiannya dan tempat tinggalnya.

Dengan wujudnya pensyariatan ‘iddah itu membuktikan Islam begitu memelihara kemaslahatan umatnya dan membenci perceraian.

http://www.brunet.bn/gov/mufti/
Admin
Admin
Admin

Posts : 73
Join date : 30/10/2009

https://skgp.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum